Tuesday 25 September 2012

Perihal Kehidupan Abdullah Khairul Azzam


Abdullah Khairul Azzam seorang yang pemuda yang hadir dari sebuah keluarga yang sederhana. Pemuda yang mengamalkan kesederhanaan. Dalam setiap ruang aktiviti yang dilakukan dalam sehari-hari. Telah mempunyai segulung diploma dari sebuah kolej universiti di Selangor dan masih lagi berada dalam pengajian ijazah sarjana muda. Seorang yang berperwatakan sedikit pendiam dan cenderung dalam bidang masak-memasak kerana gemar memasak makanan kegemaran dan seorang yang gemar berkongsi dengan teman rapat. Walaupun tidaklah sebijak seperti rakan-rakan lain, dia masih lagi terus menggagahkan diri menghabiskan pengajian diploma pada suatu ketika dahulu lalu menyambung pengajian ijazah sarjana muda sejurus itu. Abdullah Khairul Azzam agak kurang berinteraksi dengan pelajar lain kerana kurang keyakinan diri dan menganggap dirinya tidak layak untuk bercampur dengan mereka. Perihal motivasi diri dan kurang keyakinan masih membelenggu dirinya sehinggakan mengganggu konsentrasinya menghabiskan pengajian.
Dia tidak berani untuk mengubah kekurangan keadaan diri yang dialami. Dia juga tidak mempunyai hala tuju yang jelas tentang apa yang yang hendak dicapai pada masa hadapan. Dia seorang individu yang lebih berfikir apa yang akan terjadi pada masa hadapan melainkan situasi semasa. Abdullah Khairul Azzam masih lagi mempunyai teman rapat walaupun masih ada teman-temannya yang datang dan pergi. 

Tahun berganti tahun, Abdullah Khairul Azzam kian menyepikan diri tanpa begitu bergaul dengan rakan-rakan sekuliah yang lain. Pernah suatu ketika dahulu, dia pernah bertindak tidak bermoral terhadap rakannya. Tetapi tindakan itu memakan dirinya sendiri. Oleh yang demikian, suatu pengajaran telah di ambil untuk diaplikasikan dalam hidupnya. Jangan kita bertindak menyakitkan hati orang lain kerana tindakan tersebut akan kembali pada diri kita sendiri. Dalam fikirannya, rakan-rakan dan para pendidik sentiasa mentertawakan dan mengutuk tentang tindakannya itu. Abdullah Khairul Azzam kian lalai dengan pengajian sehinggakan banyak tugasan dilakukan dengan sambil lewa.Dia tidak berani untuk mengubah kekurangan diri biarpun telah melarat memakan dirinya sendiri. dia masih lagi menerima ransangan dan dorongan daripada teman rapat. akan tetapi, ianya bertahan hanya seketika dan akan kembali pada situasi yang asal. 

Sejak akhir-akhir ini, Abdullah Khairul Azzam terfikir seketika akan dirinya dan apa yang telah dilakukan sebelum ini. Dirinya kini lebih menyepikan diri dan lebih banyak terperuk di hostel daripada bergaul dengan orang lain. Beriadah baginya jauh sekali untuk dilakukan. Seseorang telah menyatakan kepadanya yang dia telah banyak berubah darisegi perwatakan dan sering menyendiri. Yang lebih membuka matanya adalah tidak ada seorang pun menghina atau mengutuk dirinya akan tetapi banyak pujian dilontarkan atas kebolehan yang ada pada dirinya itu. Jelas sekali Abdullah Khairul Azzam telah mengandaikan orang di sekelilingnya mentertawakan kekurangannya. Selama ini dia berfikiran negatif sehingga merelakan diri untuk turut musnah akibat masalah hati.

             

No comments:

Post a Comment