Tuesday 25 September 2012

Perihal Kehidupan Abdullah Khairul Azzam


Abdullah Khairul Azzam seorang yang pemuda yang hadir dari sebuah keluarga yang sederhana. Pemuda yang mengamalkan kesederhanaan. Dalam setiap ruang aktiviti yang dilakukan dalam sehari-hari. Telah mempunyai segulung diploma dari sebuah kolej universiti di Selangor dan masih lagi berada dalam pengajian ijazah sarjana muda. Seorang yang berperwatakan sedikit pendiam dan cenderung dalam bidang masak-memasak kerana gemar memasak makanan kegemaran dan seorang yang gemar berkongsi dengan teman rapat. Walaupun tidaklah sebijak seperti rakan-rakan lain, dia masih lagi terus menggagahkan diri menghabiskan pengajian diploma pada suatu ketika dahulu lalu menyambung pengajian ijazah sarjana muda sejurus itu. Abdullah Khairul Azzam agak kurang berinteraksi dengan pelajar lain kerana kurang keyakinan diri dan menganggap dirinya tidak layak untuk bercampur dengan mereka. Perihal motivasi diri dan kurang keyakinan masih membelenggu dirinya sehinggakan mengganggu konsentrasinya menghabiskan pengajian.
Dia tidak berani untuk mengubah kekurangan keadaan diri yang dialami. Dia juga tidak mempunyai hala tuju yang jelas tentang apa yang yang hendak dicapai pada masa hadapan. Dia seorang individu yang lebih berfikir apa yang akan terjadi pada masa hadapan melainkan situasi semasa. Abdullah Khairul Azzam masih lagi mempunyai teman rapat walaupun masih ada teman-temannya yang datang dan pergi. 

Tahun berganti tahun, Abdullah Khairul Azzam kian menyepikan diri tanpa begitu bergaul dengan rakan-rakan sekuliah yang lain. Pernah suatu ketika dahulu, dia pernah bertindak tidak bermoral terhadap rakannya. Tetapi tindakan itu memakan dirinya sendiri. Oleh yang demikian, suatu pengajaran telah di ambil untuk diaplikasikan dalam hidupnya. Jangan kita bertindak menyakitkan hati orang lain kerana tindakan tersebut akan kembali pada diri kita sendiri. Dalam fikirannya, rakan-rakan dan para pendidik sentiasa mentertawakan dan mengutuk tentang tindakannya itu. Abdullah Khairul Azzam kian lalai dengan pengajian sehinggakan banyak tugasan dilakukan dengan sambil lewa.Dia tidak berani untuk mengubah kekurangan diri biarpun telah melarat memakan dirinya sendiri. dia masih lagi menerima ransangan dan dorongan daripada teman rapat. akan tetapi, ianya bertahan hanya seketika dan akan kembali pada situasi yang asal. 

Sejak akhir-akhir ini, Abdullah Khairul Azzam terfikir seketika akan dirinya dan apa yang telah dilakukan sebelum ini. Dirinya kini lebih menyepikan diri dan lebih banyak terperuk di hostel daripada bergaul dengan orang lain. Beriadah baginya jauh sekali untuk dilakukan. Seseorang telah menyatakan kepadanya yang dia telah banyak berubah darisegi perwatakan dan sering menyendiri. Yang lebih membuka matanya adalah tidak ada seorang pun menghina atau mengutuk dirinya akan tetapi banyak pujian dilontarkan atas kebolehan yang ada pada dirinya itu. Jelas sekali Abdullah Khairul Azzam telah mengandaikan orang di sekelilingnya mentertawakan kekurangannya. Selama ini dia berfikiran negatif sehingga merelakan diri untuk turut musnah akibat masalah hati.

             

Monday 16 July 2012

engkau yang semalam....

Pabila terkenang
Jiwa terasa sakit
Hati berkata
Bila ia akan berakhir
Jauh daripada sudut hati
Ingin melepaskan semua
Terkadang datang menerpa
Tanpa di duga
Ternyata pasti
Bertubi-tubi
Menyesakkan lagi naluri
Yang kian mati

Di ketika itu
Cengkung mewarisi wajah
Rona ceria semakin pudar
Diselangi senyuman tawar
Kewarasan akal beralih arah

Namun di sebalik
Jiwa yang kelam lagi tandus
Kealpaan berkunjung pergi
Dek kehadiran suatu pengharapan
Bertatih ke jalan insani

Di suatu sudut yang berpaksi
Tersemburlah daki daripada hati
Merintih pada Nya
Penuh curahan
Satu persatu dilontarkan
Beban kian ringan digalasi
Kegersangan jiwa bercambah
Dengan putik ketenangan

Usah kau hadir lagi
Walau sekilas cuma
Mengusung jasad ke lembah sepi
Bagai kegelapan yang mati



Sunday 15 July 2012

kisah yang panjang....


Qabil dan Furqan telah berkawan sejak Januari 2008 lagi. Akibat berkongsi minat dan hobi telah mengakrabkan perhubungan mereka. Di awal perkenalan, Qabil berada di tahun akhir pengajian diplomanya manakala Furqan berada dalam semester 1 juga pengajian diploma. Jarak umur mereka adalah 3 tahun. Perhubungan mereka pada awalnya hanyalah sekadar rakan sebilik di hostel kolej universiti mereka. Furqan mempunyai seorang adik angkat yang bernama Jazlee di kolej berikutan ketiadaan adik beradik lelaki dalam keluarga.

Perhubungan ketiga-tiga mereka lebih akrab selepas Qabil mengambil keputusan untuk menyambung pengajian  ijazah sarjana muda di kolej universiti yang sama 6 bulan selepas tamat pengajian diploma. Mereka telah bersetuju untuk tinggal bersama di hostel di kolej mereka. Pada awalnya bilik yang dipilih tidak memuaskan hati mereka kerana gelagat rakan sebilik yang mewujudkan suasana bilik yang tidak selesa dan tidak sihat untuk didiami. Walaupun begitu mereka tetap mengagahkan diri untuk mengharungi kesulitan tersebut dengan sabar. Mereka bertindak keluar dari bilik mereka pada waktu malam untuk study dan menyiapkan assignment. Menjelang tengah malam, mereka pulang untuk tidur walaupun keadaan bilik mereka masih riuh rendah seperti berpesta.  

Pada suatu hari, Furqan dan Jazlee telah keluar berhibur bersama rakan-rakan mereka tanpa Qabil mengikuti mereka kerana Qabil masih mengikuti kelas pengajian sehingga ke petang. Qabil berasa tidak sedap hati kerana rakannya masih tidak pulang walaupun menjelang 12 tengah malam. Lalu Qabil menelefon Jazlee menanyakan di mana mereka berada. Furqan, Jazlee dan rakan-rakan lain telah tersesat dengan melalui jalan yang asing bagi mereka untuk pulang ke kolej. Mereka telah melalui jalan yang jarang dilalui oleh penghuni jalan raya yang lain. Qabil yang bimbang dengan keselamatan mereka telah mengarahkan supaya berpatah balik dan tidak meneruskan perjalanan. Menurut mereka keadaan jalan tersebut gelap dan sunyi. Akhirnya mereka telah keluar daripada jalan yang asing bagi mereka dan menemui jalan pulang ke kolej dengan selamat.

Tidak semua perhubungan akan yang dibina tanpa ada pasang dan surutnya. Begitu juga perihal perhubungan mereka bertiga. Tidak lekang dilanda masalah dalam perhubungan sesama rakan. Pasti ada hati akan terasa dan tidak berpuas hati dengan tindakan rakan sebilik yang lain. Tidak perlu diceritakan bagaimana sesuatu perhubungan runtuh ataupun diambang keruntuhan. Sifat bertolak ansur serta saling memahami di antara satu sama lain perlu untuk mewujudkan hubungan yang lebih erat.

September 2009 mereka telah sebulat suara untuk duduk berasingan dengan bermulanya semester baru. Masing-masing dengan rakan bilik yang berlainan tetapi masih lagi berhubung seperti beraktiviti makan malam dan study bersama. Qabil mulai hilang fokus dan mudah putus asa atas semua yang dilakukan. Pelajarannya cukup terabai hinggakan kuliah dan tutorial sering kali tidak dihadirinya. Qabil lebih suka berhujung minggu di rumah dari tinggal di hostel. Qabil sering kehilangan semangat untuk melakukan sesuatu hinggakan Furqan terpaksa memberikan sokongan kepada Qabil untuk terus bersemangat menjalani sesi pengkuliahan. Qabil lebih senang meluahkan apa yang terpendam kepada rakannya Furqan. Furqan pun begitu juga. Hampir semua isu dikongsi bersama tidak kira apa pun topiknya.

Hubungan kawan rapat antara Qabil dan Furqan diuji apabila Qabil dan Jazlee keluar bersama untuk melepaskan tekanan masing-masing sebelum menjelang peperiksaan akhir semester. Qabil terlupa sesuatu tentang apa yang Furqan katakan tentang masalah kewangan adik angkatnya, Jazlee. Akibat taksub sangat hendak berhibur, Qabil lupa dan lalai. Qabil telah mengajak Furqan tanpa memberitahu yang Jazlee akan ikut sama untuk berhibur. Perselisihan telah berlaku antara Qabil dan Furqan. Furqan menyatakan yang Qabil cuba untuk merampas adik angkatnya. Tapi Qabil tidak pernah pun ada niat untuk melakukan apa yang diungkapkan oleh Furqan. Akhirnya Qabil memutuskan untuk menjalani kehidupan sendirian tanpa kedua-dua orang rakannya itu. Qabil memaafkan kesalahan rakan-rakannya tanpa menyimpan sebarang dendam.

Ketika minggu-minggu peperiksaan akhir semester berlangsung, bulan Ramadan turut menyusul serentak. Qabil dengan hidupnya sendiri manakala Furqan dan Jazlee masih bersama. Qabil pernah mencuba untuk kembali menyambung persahabatan mereka tetapi ditolak oleh Furqan. Kata Furqan, dia tidak mahu menyakiti mana-mana pihak antara mereka lagi. Minggu akhir peperiksaan, Qabil terserempak dengan Jazlee selepas habis kertas peperiksaan. Mereka sempat bersalaman dan saling bermaafan. Qabil bertindak untuk tidak lagi berhubung dengan Furqan dan Jazlee melalui facebook dan juga telefon. Adakalanya Jazlee menghubungi Qabil tetapi Qabil mengendahkan panggilan dan mesej daripada Jazlee. Furqan langsung tidak menghubunginya lagi.

Dalam bulan Syawal 2010, Furqan telah menghantar mesej yang mengatakan yang dia akan menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda. Qabil mengucapkan tahniah. Tiba hari pendaftaran Qabil menanyakan bila Furqan akan melapor diri untuk pelajar baru melalui SMS. Furqan membalas dengan baik pertanyaan Qabil. Akhirnya Qabil dan Furqan bertemu semula dan berhubungan kembali. Jazlee pula tidak menyambung pengajian kerana ingin terus bekerja. Keakraban Qabil dan Furqan seperti sedia kala. Mereka berdua mempunyai kelas yang sama untuk semester yang baru. Semester berkenaan berjalan lancar dimana mereka berdua turut sama menyertai aktiviti melibatkan persatuan.

Semester berikutnya Qabil telah mengambil keputusan untuk berulang alik dari rumah ke kolej kerana hanya ada beberapa subjek untuk ditamatkan. Semester tersebut Furqan telah menjadi leader untuk progam persatuan. Pada awalnya Qabil bersetuju untuk menyandang jawatan ketua untuk suatu biro dalam program terbabit. Kemudian dia telah berubah hati untuk memberikan jawatan tersebut kepada orang lain. Niat itu telah disampaikan kepada rakan baiknya itu. Kerana ingin membantu Furqan menjayakan program tersebut, Qabil telah kembali bersetuju untuk kembali semula.
Akan tetapi akibat sikap menangguh dalam membuat sesuatu oleh Qabil, maka biro dibawah kelolaan Qabil tidak menyumbang apa-apa kepada progam terbabit. Qabil mengambil sikap membatu tanpa memberi penjelasan kepada Furqan. Mesej yang dihantar oleh Furqan tidak pernah dibalasnya. Furqan berasa sakit hati dengan perlakuan Qabil terhadap programnya itu.

Selepas berakhirnya minggu program tersebut, Qabil telah meminta maaf atas kesalahan yang dilakukannya. Menurut Qabil dia mengaku yang dia telah melakukan kesalahan terbabit dan tidak mahu lagi berhubungan dengan tujuan tidak mahu menyakitkan hati rakan baiknya itu. Dan akhirnya Qabil membawa haluannya sendiri.

Menurut Qabil seandainya diberi peluang kepada dirinya, dia ingin sekali membetulkan kesalahan yang telah dilakukan. Namun kini, dia nekad untuk melupakan semua yang pernah dilakukan bersama rakannya. Dia percaya orang yang disakitinya dulu, enggan lagi menerimamya seperti sebelum ini. Qabil sangat berterima kasih kepada rakannya yang telah sanggup berkawan dengannya dan menerima dirinya seadanya. Dia berharap rakannya itu dapat memaafkan semua kesalahan yang pernah dilakukan. Qabil tidak pernah cuba untuk berubah dan mengambil pengajaran daripada pengalaman yang lepas dengan bersikap matang dan terbuka. Bagi Qabil, Furqan seorang yang kuat semangat, bijak, bersungguh-sungguh dalam membuat sesuatu, banyak idea, seorang yang sentiasa menegur kesalahan dan seorang yang tidak pernah berkira dengan rakan-rakannya. Dia berharap dan berdoa agar Furqan akan berjaya dengan apa yang dilakukan pada masa akan datang. 

Bagaimanapun perhubungan mereka masih terus terjalin sehingga sekarang…..

Monday 9 April 2012

Kotak Memori

Assalam…lama tak post untuk blog ni…sebenarnye bahan ni dah ade lame…ok..aritu buat clearance notes ngan buku-buku mase diploma dengan bachelor dalam satu kotak besar…jadi nye macam2 bende la jumpe balik…buku subjek sayang nak buang sebab ade yang dah balut cantik…ketas2 pekse belambak aku simpan dari dulu..nak buat ape lagi kan, buang jer..mane2 kertas A4 yang boleh recycle balik aku letak satu tempat..mase sem akhir diploma aku dah gune dah recycle paper…so takyah la beli buku untuk conteng2 ke amek notes ke…meh la aku kongsikan sebahagian yang menarik dalam kotak tu...

Bende yang paling banyak aku jumpe ialah lirik2 lagu…macam orang gile je…lirik lagu indon la banyak time 2009…sebab ade kisah disebalik lirik2 itu..ungu band, seventeen, mariah carey, celine dion, aishah, macam2 la..tapi aku tak amek pix..kat dlm buku subjek pun ade lirik2 kat tepi notes..

resepi-resepi

Resepi2 pun ade jugak aku jumpe…belum pernah cuba nak buat…resepi tu ade yang orang bagi ngan aku carik sendiri,..resepi blueberry muffin (anis bagi), vaddey (didi bagi), tiramitsu (umi bagii)..resepi umi bagi ni senang sangat..takyah bakar..masuk fridge je..sedap bile makan sejuk2..sebulan  dua lepas kot ade tetengok puan salina post pix tiramitsu kat FB..tu mesti resepi umi tu…resepi muffin macam2 rase pun ade gak jumpe balik…resepi kek pun ade jugak..haha..jadinye compilekan balik masuk buku resepi aku…

flyers & bahan kursus

Bile ternampak flyers ngan bahan kursus menangani kes pembuangan bayi, terus teringat course tu hari isnin pagi sampai petang..mule2 tu tak ade orang sangat sebabnye mungkin  kurang publisiti ataupun masa hari bekerja…sebenarnye aku join sebab nak meramaikan dan nak support program dorang ni…tapi bile nak dekat tengahari da ramai datang itu pun student diploma HR…sape lg nak support kan kalau bukan course sendiri..dorang punye bahan untuk dikongsi sangat bagus…tapi yang sedikit sedih la bile satu penceramah ni tayangkan pix2 (sex stuff) yang tak sepatutnye ditonton oleh adik2 tahfiz atau anak2 yatim..tak bape ingat..kalau tak salah la…mase tu penceramah ade tanye boleh ke saye tayangkan pix2 sebegini…komiti program cakap takde masalah..sorang ustaz yang lead budak2 tu pun cakap xde masalah..tapi tindakan die lebih kepada menjaga hati…tapi aku rase ustaz tu x setuju..aku tengok mate ngan muke die pun dah lain…mase tu aku cuba untuk suruh someone stop kan penceramah dri terus tayang pix2 tu..tapi dorang cakap nak jaga hati penceramah…xpe la..aku ni participant je..tak layak nak cakap lebih2..sian adik2 tengok bende tu…sedih r..ini sekadar luahan sahaja...

piece of paper

Ok lah..kite beralih ke bende lain yang aku jumpe lagi…aku jumpe piece of paper seperti di atas…hahhaha…ni sebenarnye nak berkawan ngan one guy dari Philippines…name die Earl James Damirez..aku panggil James..memang tegelak bile jumpe bende ni…siap bagi paper tunjuk kat cam sebab keyboard mase tu stuck..selepas beberapa bulan berkawan di FB, aku mengundur diri dengan sebab2 tertentu…tiada keserasian untuk berkawan…

someone posted

Yang seterusnya ialah sebuah kad yang sangat cantik yang dibuat khas oleh seorang kawan yang rapat…saudara Heartpeace Iskandar…orangnye berseni...siap ikut tema coklat mase tu..frasa yang tercatat ialah ’coz it’s a sign that our heart is not always right’…ini merupakan antara post James semasa  di FB…aku simpan sampai skrg kad ni…no worries…

PERMASUM Tentatif

hasil gubahan untuk grand dinner

Bile tengok balik PERMASUM tentative program, terus teringat grand dinner..byk preparation komiti keceriaan dewan kene buat…beli bunga, pasu, ranting, ribbon organza, crystal drop…lipat tisu jadi bunga (nice idea)..gubah bunga dalam pasu(aku x bape pandai)..sume keje buat ramai2…dengar cite pix grand dinner masuk bulletin or magazine KUIS…bangga..mohon dishare photo nya di sini ya...ahli komiti keceriaan termasuklah fifi, nanat, heartpeace iskandar, aku, kathy(cat), ecah teddy, qistina, man, yang lain tu x ingat r....

board name aku

Yang paling jelas sekali mase bukak kotak aritu ialah nama aku atas mountain board..ni pun ikut tema coklat gak…dibuat oleh Heartpeace Iskandar tanpa pengetahuan aku…cite nye gini…mase tu sem baru mule..so sibuk2 nak decorate bilik dengan wane tema..jadiknye gi la round sume kedai stationery beli  mountain board, gabus, gabus cutter, warne poster, macam2 lagi..so balik bilik bermula la kerja2 deco..Thank you for the board….makasih ya… 













Saturday 10 March 2012

Buat Muffin Lagi

Assalam...Rabu petang yang lepas, aku try balik resepi asas muffin daripada blog It's My Life http://soulain.blogspot.com/. aku bekenan nak cuba sebabnya tekstur muffin die yang sedikit kasar dan gebu..hehehe..selepas mendapat sedikit recomendation dari puan punyer blog, maka jadilah ia..susu segar aku kene kurangkan jadi 1/2 cawan saje..korang tak payah cari hand mixer or mesin mengadun untuk buat muffin ni k..pakai senduk je...meh la aku kongsikan resepinye...mohon dikongsi resepinye ye puan cikgu...



Bahan-bahan:


2 cawan tepung naik sendiri (aku guna brand Bagus)
1/2 sudu teh garam
3/4 cawan gula castor / ising
1 biji telur ayam (aku gune gred B)
1/2 cawan susu segar
1/4 cawan minyak masak


Cara-caranya:


ayak tepung kemudian disatukan dengan gula dan garam dalam satu bekas yang sesuai....kacau sebati...then...pukulkan sedikit telur ayam dengan garfu kemudian campurkan susu dan minyak..kacau rata... buatkan lubang ditengah tepung lalu dimasukkan bancuhan susu tadi...kacau hingga sebati...bila dah sebati stop...jangan kacau lagi..adunan akan jadi seperti adunan cekodok tepung...sudukan adunan mengikut kehendak cup muffin masing2 hingga 3/4 cup atau hingga hampir penuh....panaskan oven 10 minit ye sebelum membakar...bakar muffin mengikut kesesuian oven anda atau sehingga masak...tanda dah masak muffin ialah bila cucukkan dengan lidi, lidi tadi keluar dengan bersih tanpa adunan melekat padanya...


nak la cite sikit pasal tepung naik sendiri ni...lain brand tepung lain kualitinya ye...kalau takut adunan jadi cair, letakkan 1/2 cawan susu dulu...nanti kalau dah cair, lain pulak jadinya kang...kalau pekat boleh tambah susu hingga 3/4 atau hingga 1 cawan....jangan terus humban 1 cawan terus...ini resepi asas muffin yer...kalau nak tau lagi resepi muffin lain, silalah kunjung link blog kat atas tu...


satu lagi, kalau sape yang suka nak toppingkan muffin ni, sudukan adunan sampai 3/4 cup pun ok...

ni la hasilnya...tapi sikit tebakar..bukan ape takut ade yang mentah...




ini pandangan sisi nya..




seronok tengok die kembang macam tu...




yang ni tekstur dalam muffin..ok x?dapat makan sebiji muffin ni pun da kenyang perut...



Tuesday 6 March 2012

Homemade Pizza

Assalam…hai…hari minggu lepas, aku buat pizza…mak cuti masak ari minggu ritu…buat pizza nye tengahari…semua bahan2 dah ade…yang tak de cili benggala je…name lain orang panggil bell pepper / capsicum annum… aku beli sebiji wane ijau…



Meh la aku share kan resepi nak buat doh pizza dengan topping cara aku…topping boleh ubah suai..tak payah ikut resepi bawah pun takpe…

Doh untuk 2 pizza saiz sederhana:

Bahan2:
500 gm tepung gandum
½ paket yis kering Mauripan
+ - 170 gm Air tapis
1 ½  sudu besar susu pekat / susu tepung
2 sudu besar minyak
1 sudu besar gula pasir
½ sudu kecil garam
……………………………………………………………………………………………………………

Topping:
½ labu bawang besar (hiris nipis)
2 ulas bawang putih (ditumbuk lumat / hiris pun boleh)
1 sudu makan Minyak masak
1 sudu makan sos tiram
150 gm isi ayam (hiris nipis)
1 biji cili benggala
Sedikit air
Sedikit serbuk lada hitam 
Garam secukupnya
Sos tomato
Keju parut secukupnya

Cara2:
1.       Larutkan yis kering dengan sedikit air sehingga tidak berketul
2.       Dalam bekas besar, masukkan bancuhan yis serta bahan lain kecuali tepung. Kacau sehingga gula dan garam larut
3.       Masukkan tepung sedikit2 sambil dikacau dengan tangan sehingga habis tepung
4.       Kalau tak cukup air, letak air sedikit2 sambil doh di uli
5.       Hendaklah diuli sehingga doh tidak melekat di tangan
6.       Simpan 1 jam dalam bekas bertutup
7.       Panaskan minyak, masukkan bawang putih ngan bawang besar. Goreng hingga kekuningan
8.       Masukkan ayam, sos tiram, lada hitam dan sedikit air.empukkan ayam hingga masak
9.       Masukkan cili yang dihiris dengan sedikit air. Empukkan cili
10.   Perasakan dengan garam secukup rasa dan biarkan topping kering sedikit
11.   Bahagikan doh kepada 2 bhgian
12.   Canai dan bentukkan doh mengikut dulang pembakar
13.   sapu sedikit minyak pada dulang dan letakkan doh tadi
14.   sapu rata sos tomato pada doh sebelum ditabur topping yang dimasak tadi dengan keju parut
15.   bakar sehingga kulit bawah pizza sedikit perang dan topping sedikit kering


bakar atas tutup periuk jer....





yang ni saiz dulang pembakar...





buat pizza ni tak letak cheese pun..kalau letak lagi sedap....kalau banyak sangat muak jugak...






nampak tu nenas potong kecik...belasah jer


Tak susahkan buat pizza sendiri..tapi jangan telebih garam kat topping die sbb roti pizza pun begaram jugak…takyah ikut resepi topping kat atas pun tak pe…ikut je ape ade yang ade dalam peti ais umah tu..nak letak nenas potong pun boleh..sosej, makanan laut..ikut suka…cuba tau..tak rugi..


























Friday 24 February 2012

kayap oh kayap....

haiiii....arini one of my friend bagitau yang die kene kayap...aku ni pun bukan paham sangat pasal kayap2 ni..sabtu lepas die kene demam je..tak bagitau pun pasal kayap..ape yang aku bace, orang yang kene kayap ni sebenarnya die da penah kene cacar air sebelum ni....so virus kayap ni die aktif balik setelah bertahun dalam badan..

penyakit kayap ni ade banyak jenis...ade yang tak bahaya ngan bahaya...si pesakit ni akan rasa sakit2 badan, selera makan tak ade, ade yang cakap yang virus ni tak berjangkit secara terus dengan pesakit...ade yang mengatakan yang virus kayap ni berpunca dari kelemahan imun badan seperti HIV???, kemoterapi, dan tekanan..

tapi, kalau sape yang x penah dpt demam campak, boleh kurangkan risiko dengan tak berhubung terus dengan pesakit kayap..cakap pasal berubat ni macam2 la orang cakap..ade yang suruh pergi jumpe dokter...ade yang cakap buat rawatan tradisional..tradisional la sangat...pape pun gi la jumpe pakar kulit kat hospital..kalau takut sangat dengan consultation ngan dokter klinik2, baik gi hospital...dokter tu lg tau..

bukan ape..ade kawan aku cite, kawan die sakit mata..then dokter bagi la ubat sapu..pas bape ari, kawan die ni datang balik klinik sebab sakit mata die tak ok lagi..then dokter suggest ubat sapu lain...bab ni panas je aku dengar...then lagi teruk sakit mate die..last2 gi hospital..

tapi yang mushkil tu, salah satu puncanya ialah kelemahan imun badan oleh virus HIV...aku arap kawan aku x kene bende ni la...bawah ni ade kink la kalau nak tau lagi mendalam..susah la nak xplen..hehe



sumber2 kat atas mayb tak banyak..bace dulu yer..jgn terus percaye..korang boleh google sumber lain ke..

Monday 20 February 2012

Mood Mem'Baking"

lamanya tak update blog..tiba2 mood mem'baking' datang sejak akhir-akhir ni..tapi sebelum ni pun baking jugak..buat kek marble, kek pisang, muffin, kuih donat, pau, kuih kaswi pandan dengan kuih ketayap / kuih gulung...kuih lain tu dah pandai buat tapi kuih kaswi tu mak dok sebelah la..

                                           kuih ketayap / kuih gulung



                                           kek pisang

khamis lepas & hari semalam cuba buat muffin..sebab sebelum ni tak penah nak mencuba...aritu dah beli mangkuk kertas untuk muffin, self-raising flour kat kedai bakeri...then pegi la tengok internet nak cari resepi muffin yang senang...ada satu blog yg kongsikan resepi muffin iaitu blog 'Its My Life...terus la bekenan nak mencuba..

nak di pendekkan cerita, bahan-bahan semua dah disukat tapi hasil yang diperolehi tidak mengecewakan jugak..muffin yang aku buat tak berapa nak moist macam blogger sis tu..hhehe...biasalah, bukan semua yang kita cuba, menjadi sekelip mata kan...

                                           so, inilah hasilnya..tak berapa nak moist...

aku pun bukan penah ikut kelas membaking ni...semua belajar sendiri..memang tak ada asas langsung..so jangan salahkan resepi, salahkan diri sebab tak cukup skil lagi..

hari ni pulak boleh nak cuba buat kek biasa sebelum ni kalau buat mesti tak berapa nak naik...bahan semua dah sukat dengan penyukat pastu mulalah mengadun...

apa yang aku dapat dari bacaan kat majalah masakan dan internet mesti mengadun dengan betul...sebelum ni belasah jer..rupanya lepas pukul gula dengan majerin sampai kembang, telur ayam kena pukul sebijik sampai kembang sebelum masukkan telur ayam seterusnya...hahhaha..sebelum ni lebur je semua telur ayam yang dah siap pecah dari mangkuk sederhana...

memang apply la tadi tips tu,..masukkan tepung pun ikut tips jugak...masukkan sebahagian tepung then pukul sampai mesra then baru masukkan sebahagian yang lain...hasilnya kek biasa je yang aku buat naik cantik dan gebu...sangat berguna la tips yang aku baca....


                                           bakar dalam acuan kuih bingka saja...jadilah..


                                           lepas sejuk terus potong....


                                           sorry la...susun tak cantik...

                                           tinggal 3 keping jer,,..