Qabil dan Furqan telah
berkawan sejak Januari 2008 lagi. Akibat berkongsi minat dan hobi telah
mengakrabkan perhubungan mereka. Di awal perkenalan, Qabil berada di tahun
akhir pengajian diplomanya manakala Furqan berada dalam semester 1 juga
pengajian diploma. Jarak umur mereka adalah 3 tahun. Perhubungan mereka pada
awalnya hanyalah sekadar rakan sebilik di hostel kolej universiti mereka.
Furqan mempunyai seorang adik angkat yang bernama Jazlee di kolej berikutan
ketiadaan adik beradik lelaki dalam keluarga.
Perhubungan ketiga-tiga
mereka lebih akrab selepas Qabil mengambil keputusan untuk menyambung
pengajian ijazah sarjana muda di kolej universiti yang sama 6 bulan
selepas tamat pengajian diploma. Mereka telah bersetuju untuk tinggal bersama
di hostel di kolej mereka. Pada awalnya bilik yang dipilih tidak memuaskan hati
mereka kerana gelagat rakan sebilik yang mewujudkan suasana bilik yang tidak
selesa dan tidak sihat untuk didiami. Walaupun begitu mereka tetap mengagahkan
diri untuk mengharungi kesulitan tersebut dengan sabar. Mereka bertindak keluar
dari bilik mereka pada waktu malam untuk study dan menyiapkan assignment.
Menjelang tengah malam, mereka pulang untuk tidur walaupun keadaan bilik mereka
masih riuh rendah seperti berpesta.
Pada suatu hari, Furqan
dan Jazlee telah keluar berhibur bersama rakan-rakan mereka tanpa Qabil
mengikuti mereka kerana Qabil masih mengikuti kelas pengajian sehingga ke
petang. Qabil berasa tidak sedap hati kerana rakannya masih tidak pulang
walaupun menjelang 12 tengah malam. Lalu Qabil menelefon Jazlee menanyakan di
mana mereka berada. Furqan, Jazlee dan rakan-rakan lain telah tersesat dengan
melalui jalan yang asing bagi mereka untuk pulang ke kolej. Mereka telah
melalui jalan yang jarang dilalui oleh penghuni jalan raya yang lain. Qabil
yang bimbang dengan keselamatan mereka telah mengarahkan supaya berpatah balik
dan tidak meneruskan perjalanan. Menurut mereka keadaan jalan tersebut gelap
dan sunyi. Akhirnya mereka telah keluar daripada jalan yang asing bagi mereka
dan menemui jalan pulang ke kolej dengan selamat.
Tidak semua perhubungan
akan yang dibina tanpa ada pasang dan surutnya. Begitu juga perihal perhubungan
mereka bertiga. Tidak lekang dilanda masalah dalam perhubungan sesama rakan.
Pasti ada hati akan terasa dan tidak berpuas hati dengan tindakan rakan sebilik
yang lain. Tidak perlu diceritakan bagaimana sesuatu perhubungan runtuh ataupun
diambang keruntuhan. Sifat bertolak ansur serta saling memahami di antara satu
sama lain perlu untuk mewujudkan hubungan yang lebih erat.
September 2009 mereka
telah sebulat suara untuk duduk berasingan dengan bermulanya semester baru.
Masing-masing dengan rakan bilik yang berlainan tetapi masih lagi berhubung
seperti beraktiviti makan malam dan study bersama. Qabil mulai hilang fokus dan
mudah putus asa atas semua yang dilakukan. Pelajarannya cukup terabai hinggakan
kuliah dan tutorial sering kali tidak dihadirinya. Qabil lebih suka berhujung
minggu di rumah dari tinggal di hostel. Qabil sering kehilangan semangat untuk
melakukan sesuatu hinggakan Furqan terpaksa memberikan sokongan kepada Qabil
untuk terus bersemangat menjalani sesi pengkuliahan. Qabil lebih senang
meluahkan apa yang terpendam kepada rakannya Furqan. Furqan pun begitu juga.
Hampir semua isu dikongsi bersama tidak kira apa pun topiknya.
Hubungan kawan rapat
antara Qabil dan Furqan diuji apabila Qabil dan Jazlee keluar bersama untuk
melepaskan tekanan masing-masing sebelum menjelang peperiksaan akhir semester.
Qabil terlupa sesuatu tentang apa yang Furqan katakan tentang masalah kewangan
adik angkatnya, Jazlee. Akibat taksub sangat hendak berhibur, Qabil lupa dan
lalai. Qabil telah mengajak Furqan tanpa memberitahu yang Jazlee akan ikut sama
untuk berhibur. Perselisihan telah berlaku antara Qabil dan Furqan. Furqan
menyatakan yang Qabil cuba untuk merampas adik angkatnya. Tapi Qabil tidak
pernah pun ada niat untuk melakukan apa yang diungkapkan oleh Furqan. Akhirnya
Qabil memutuskan untuk menjalani kehidupan sendirian tanpa kedua-dua orang
rakannya itu. Qabil memaafkan kesalahan rakan-rakannya tanpa menyimpan sebarang
dendam.
Ketika minggu-minggu
peperiksaan akhir semester berlangsung, bulan Ramadan turut menyusul serentak.
Qabil dengan hidupnya sendiri manakala Furqan dan Jazlee masih bersama. Qabil
pernah mencuba untuk kembali menyambung persahabatan mereka tetapi ditolak oleh
Furqan. Kata Furqan, dia tidak mahu menyakiti mana-mana pihak antara mereka
lagi. Minggu akhir peperiksaan, Qabil terserempak dengan Jazlee selepas habis
kertas peperiksaan. Mereka sempat bersalaman dan saling bermaafan. Qabil
bertindak untuk tidak lagi berhubung dengan Furqan dan Jazlee melalui facebook
dan juga telefon. Adakalanya Jazlee menghubungi Qabil tetapi Qabil mengendahkan
panggilan dan mesej daripada Jazlee. Furqan langsung tidak menghubunginya lagi.
Dalam bulan Syawal 2010,
Furqan telah menghantar mesej yang mengatakan yang dia akan menyambung
pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda. Qabil mengucapkan tahniah. Tiba
hari pendaftaran Qabil menanyakan bila Furqan akan melapor diri untuk pelajar
baru melalui SMS. Furqan membalas dengan baik pertanyaan Qabil. Akhirnya Qabil
dan Furqan bertemu semula dan berhubungan kembali. Jazlee pula tidak menyambung
pengajian kerana ingin terus bekerja. Keakraban Qabil dan Furqan seperti sedia
kala. Mereka berdua mempunyai kelas yang sama untuk semester yang baru.
Semester berkenaan berjalan lancar dimana mereka berdua turut sama menyertai
aktiviti melibatkan persatuan.
Semester berikutnya
Qabil telah mengambil keputusan untuk berulang alik dari rumah ke kolej kerana
hanya ada beberapa subjek untuk ditamatkan. Semester tersebut Furqan telah
menjadi leader untuk progam persatuan. Pada awalnya Qabil bersetuju untuk
menyandang jawatan ketua untuk suatu biro dalam program terbabit. Kemudian dia
telah berubah hati untuk memberikan jawatan tersebut kepada orang lain. Niat
itu telah disampaikan kepada rakan baiknya itu. Kerana ingin membantu Furqan
menjayakan program tersebut, Qabil telah kembali bersetuju untuk kembali
semula.
Akan tetapi akibat sikap
menangguh dalam membuat sesuatu oleh Qabil, maka biro dibawah kelolaan Qabil
tidak menyumbang apa-apa kepada progam terbabit. Qabil mengambil sikap membatu
tanpa memberi penjelasan kepada Furqan. Mesej yang dihantar oleh Furqan tidak
pernah dibalasnya. Furqan berasa sakit hati dengan perlakuan Qabil terhadap
programnya itu.
Selepas berakhirnya
minggu program tersebut, Qabil telah meminta maaf atas kesalahan yang
dilakukannya. Menurut Qabil dia mengaku yang dia telah melakukan kesalahan terbabit
dan tidak mahu lagi berhubungan dengan tujuan tidak mahu menyakitkan hati rakan
baiknya itu. Dan akhirnya Qabil membawa haluannya sendiri.
Menurut Qabil seandainya
diberi peluang kepada dirinya, dia ingin sekali membetulkan kesalahan yang
telah dilakukan. Namun kini, dia nekad untuk melupakan semua yang pernah
dilakukan bersama rakannya. Dia percaya orang yang disakitinya dulu, enggan
lagi menerimamya seperti sebelum ini. Qabil sangat berterima kasih kepada
rakannya yang telah sanggup berkawan dengannya dan menerima dirinya seadanya.
Dia berharap rakannya itu dapat memaafkan semua kesalahan yang pernah
dilakukan. Qabil tidak pernah cuba untuk berubah dan mengambil pengajaran
daripada pengalaman yang lepas dengan bersikap matang dan terbuka. Bagi Qabil,
Furqan seorang yang kuat semangat, bijak, bersungguh-sungguh dalam membuat
sesuatu, banyak idea, seorang yang sentiasa menegur kesalahan dan seorang yang
tidak pernah berkira dengan rakan-rakannya. Dia berharap dan berdoa agar Furqan
akan berjaya dengan apa yang dilakukan pada masa akan datang.
Bagaimanapun perhubungan
mereka masih terus terjalin sehingga sekarang…..
No comments:
Post a Comment